Monday, November 12, 2007

SENI SILAT ABJAD


PENGAMBILAN PENUNTUT SENI PERTAHANAN DIRI
HARAPAN

Dengan meletak harapan besar mencapai kehendak yang sempurna untuk:

Melahir pemerintah yang adil

Melahir pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah.

Melahir orang yang hatinya sentiasa terikat dengan rumah Allah.

Melahir dua orang yang berkasih kerana Allah dimana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhoan Allah.

Melahir orang yang dipujuk perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya TETAPI dia menolak dengan berkata: “Aku takut akan Allah”.

Melahir orang yang bersedekah secara sembunyi atau terang sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang diberi oleh tangan kanannya.

Melahir Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada didalam Ingatannya perkara yang lain lalu menitis air matanya kerana mengingati Sifat Jalal dan Sifat Jamal Allah.


GERAK SENI SILAT ABJAD (Silat Agama)

Modul Latihan Serentak Rohani/Jasmani

Gerak Seni Silat Abjad Malaysia Memperkenalkan Akademi Latihan Rohani/Jasmani Padang (Almunawwarah) Menawar Peluang Mempelajari Seni Pertahanan Diri (Silat Agama) .

Modul Latihan Serentak Rohani Jasmani Tahap 1, Tahap 2, tahap 3. Objektif Tunai Amanah Addin Atas Dasar Mendidik, Membimbing dan Melatih Mengikut Kaedah Segera Berpindah Dari Daerah Kufur Dan Maksiat Kepada Daerah Iman Dan Taat Dalam Ilmu Dan Amalan Kehidupan, Di Semua Tempat Dan Masa.

MATLAMAT (Silat Agama)

Mengumpul seberapa ramai umat manusia mengambil ISLAM SEBAGAI ADDIN
Dengan membesar segala hammah,
menghadap segala inayah
menyungguh-nyungguh usaha
menjadi segala Daerah dan Wilayah
perbendaharaan ilmu, perladungan kepandaian,
membuka segala mata kepada memandang
Cemerlang, Gemilang, Terbilang, Handalan
kelihatan kemegahan bangsa Melayu Islam
Diantara sekelian alam
dan tertinggi martabatnya diantara bani Adam
bertambah ulama’ mereka itu diatas segala ulama’
bertambah nyata agama Islam diatas segala agama

BAGI MENGHADAPI DUNIA PENUH
PANCAROBA, BERGOLAK DAN HURUHARA.

ABJAD MALAYSIA

Telah mengambil hak bagi hak Nabi Muhammad s.a.w.
dengan persediaan yang ada melengkapkan pertahanan diri
dengan latihan serentak ruhani dan jasmani
menuju ketinggian

PUNCAK MENANG MUTLAK

No comments: